latar belakang koperasi


KOPERASI WARISAN MUSTAFFA BAKRI TELUK INTAN BERHAD adalah merupakan Koperasi Keluarga atau ahli-ahli yang rapat dengan Keluarga yang mendiami kawasan Jalan Mustaffa Bakri, Teluk Intan. Penubuhan Koperasi ini adalah diilham oleh Saudara MOHD.HASHIM BIN AHMAD DAN kawan-kawan yang berminat. Untuk merialisasi penubuhan Koperasi Warisan Mustaffa Bakri Teluk Intan satu jawatan Kuasa Badan Penaja telah dibentuk pada awal bulan September, 2010 dengan dipengerusi Ahli Lembaga Penaja Saudara  IBRAHIM BIN DIN dan pada bulan Januari,2011 KOPERASI WARISAN MUSTAFFA MUSTAFFA BAKRI TELUK INTAN BERHAD selamat ditubuhkan dengan dipengerusikan oleh SAUDARA IBRAHIM BIN DIN dan lepas itu beliau telah meletak jawatan dan tempatnya digantikan oleh SAUDARA MOHD.IDRIS BIN ABDULLAH.

Koperasi ini ditubuhkan untuk menjalankan aktiviti dibawah untuk memberi pengelaman,pengetahuan dan menefaat dari segi ekonomi dan pelajaran kepada anggota dan keluarga. Dibawah ini adalah aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh Koperasi:-

1. MENJALANKAN AKTIVITI PERLADANGAN , MEMBEKAL BENIH-BENIH DAN INPUT PERTANIAN

2. MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN ANGGOTA, PENDIDIKAN DAN PERNIAGAAN

3. MEMBELI, MENJUAL MEMINDAHKAN HAK MILIK , MENDIRIKAN,MENYEWA,MENCAGAR,MEMAJAK,MENGADAI DAN MEMILIKI HARTA ALIH DAN HARTA TAK ALIH

No comments:

Post a Comment